UUM CAS Training & Consultancy telah menganjurkan Program Motivasi Jiwa yang diadakan di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor, Perak pada 14-16 Disember 2010 baru-baru ini. Program ini melibatkan penyertaan daripada 41 orang peserta yang terdiri daripada staf-staf UUM dan Yayasan Sultanah Bahiyah. Program ini telah dikendalikan oleh dua orang penceramah yang dikenali di UUM iaitu Prof Madya Dr. Shukri Bin Ahmad dan Ust. Mohamad Khadafi Hj. Rofie. Pelbagai pengisian menarik yang telah dijalankan sepanjang program berlangsung, Antara pengisian yang unik didalam program ini ialah peserta diwajibkan bersembahyang berjemaah pada semua waktu termasuk Fardhu Subuh, berjemaah di tepi pantai, belajar menggunakan hanya separuh air daripada botol untuk mengambil wudhu’ dan permainan ‘penjenayah merosakkan agama dan bangsa’.
Para peserta telah memberikan tindakbalas yang positif terhadap penganjuran program kali ini dan mereka berpendapat bahawa program seperti ini perlu diteruskan bagi membentuk jiwa yang positif dikalangan pekerja dalam sesebuah organisasi mahupun dalam institusi rumahtangga. Pihak penganjur juga sememangnya berhasrat untuk menganjurkan program Motivasi Jiwa siri ke-2 pada tahun hadapan berikutan sambutan yang menggalakkan serta kejayaan yang dicapai pada program yang dianjurkan baru-baru ini.
Prof. Madya Dr Shukri Ahmad dan Ustaz Mohamad Khadafi berkata bahawa program ini adalah titik permulaan bagi mereka untuk mencetuskan motivasi secara bermodul menggunakan kaedah permainan, aprisiasi alam, teknik menduga, sixth sense dan pelbagai kaedah yang tidak lari daripada syariat Islam. Perubahan dan penambahbaikan modul ini akan dibuat terus menerus bagi memastikan program ini berkesan dan dapat dihayati oleh peserta yang menyertai kursus ini pada masa akan datang. Program ini bukan sahaja diadakan untuk warga UUM sahaja malah akan dipasarkan pada jabatan-jabatan luar seterusnya menaikkan nama Universiti Utara Malaysia sebagai universiti yang terkemuka.
Tamat

No comments:
Post a Comment