Makluman

Blog ini bukanlah laman rasmi UUM CAS. Ia sekadar ruangan santai yang menghimpunkan aktiviti UUM CAS Training & Consultancy iaitu sebuah unit dibawah UUM CAS. Paparan di blog ini hanyalah sekadar berita dan gambar untuk memudahkan proses mendokumentasi program dalam bentuk berita bergambar.-Admin

Sunday, December 26, 2010

Mukmin Profesional '7 Langkah Memperkasa Diri, Keluarga & Organisasi'




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

UUM College of Arts and Sciences (UUM CAS ) Training & Consultancy akan menganjurkan program seperti berikut:

Tajuk                : Mukmin Profesional '7 Langkah Memperkasa Diri, Keluarga & Organisasi'
Tarikh              : 8-9 Februari 2011
Masa                : 8.00am – 5.00pm
Tempat            : EDC- UUM
Penceramah    : Konsultan Profesional Fitrah Perkasa Sdn Bhd

Jika kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program yang disediakan, sila hubungi Mohd Faisal Mustaffa @ Amirullah Ikrami di talian 
0134732844 atau 049283866 / 4872 / 3880



Sekian harap maklum

Urusetia
UUM CAS Training & Consultancy
Pejabat Dekan
Pembangunan Pelajar dan Alumni
UUM College of Arts and Sciences
Universiti Utara Malaysia
O6010 UUM Sintok
Kedah Malaysia

Friday, December 24, 2010

KURSUS MOTIVASI JIWA DALAM KALANGAN PEKERJA


UUM CAS Training & Consultancy telah menganjurkan Program Motivasi Jiwa yang diadakan di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor, Perak pada 14-16 Disember 2010 baru-baru ini. Program ini melibatkan penyertaan daripada 41 orang peserta yang terdiri daripada staf-staf UUM dan Yayasan Sultanah Bahiyah. Program ini telah dikendalikan oleh dua orang penceramah yang dikenali di UUM iaitu Prof Madya Dr. Shukri Bin Ahmad dan Ust. Mohamad Khadafi Hj. Rofie. Pelbagai pengisian menarik yang telah dijalankan sepanjang program berlangsung, Antara pengisian yang unik didalam program ini ialah peserta diwajibkan bersembahyang berjemaah pada semua waktu termasuk Fardhu Subuh, berjemaah di tepi pantai, belajar menggunakan hanya separuh air daripada botol untuk mengambil wudhu’ dan permainan ‘penjenayah merosakkan agama dan bangsa’.

 
Para peserta telah memberikan tindakbalas yang positif terhadap penganjuran program kali ini dan mereka berpendapat bahawa program seperti ini perlu diteruskan bagi membentuk jiwa yang positif dikalangan pekerja dalam sesebuah organisasi mahupun dalam institusi rumahtangga. Pihak penganjur juga sememangnya berhasrat untuk menganjurkan program Motivasi Jiwa siri ke-2 pada tahun hadapan berikutan sambutan yang menggalakkan serta kejayaan yang dicapai pada program yang dianjurkan baru-baru ini.

Prof. Madya Dr Shukri Ahmad dan Ustaz Mohamad Khadafi berkata bahawa program ini adalah titik permulaan bagi mereka untuk mencetuskan motivasi secara bermodul menggunakan kaedah permainan, aprisiasi alam, teknik menduga, sixth sense dan pelbagai kaedah yang tidak lari daripada syariat Islam. Perubahan dan penambahbaikan modul ini akan dibuat terus menerus bagi memastikan program ini berkesan dan dapat dihayati oleh peserta yang menyertai kursus ini pada masa akan datang. Program ini bukan sahaja diadakan untuk warga UUM sahaja malah akan dipasarkan pada jabatan-jabatan luar seterusnya menaikkan nama Universiti Utara Malaysia sebagai universiti yang terkemuka.

Tamat

Seminar Keselamatan Ulang Alik ke/dari Tempat Kerja




EDC-UUM : 29 November 2010
Anjuran : OSH & PERKESO

Bengkel Pembangunan Personalia Pelajar


Bengkel Pembangunan Personalia Pelajar

EDC-UUM 1-4 Disember 2010